Tuesday, June 3, 2008

SeKaPUr SiRiH

Assalamualaikum…

الحمدلله الذى أنعمنا بنعمة الايمان والاسلام وهما من أعظم النعم وكفى بهما من النعمة. أشهد أن لا إله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الذى أرسله بشيرا ونذيرا. والصلاة والسلام على سيدنا محمد الأمين وعلى أله وصحبه ومن سار على نهجة إلى يوم الدين.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjangkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya, saya berpeluang membangunkan blog ini khusus untuk Pelatih Institut Perguruan Tuanku Bainun, P. Pinang.

Sebelum saya memanjangkan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga institut yang telah memberi kepercayaan kepada saya menerajui dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Dan Perhubungan JPP ini. Segala kepercayaan dan amanah yang diberi ini tidak akan saya dipersiakan dan akan saya laksanakan sebaik mungkin selagi termampu, insya Allah.

Buat pengetahuan semua, Biro Kebajikan Dan Perhubungan merupakan antara biro yang terbesar dalam JPP. Apabila disebut berkaitan kebajikan, ia membawa maksud yang amat luas sekali. Tetapi dalam skop institut kita, saya mengecilkannya kepada perkara-perkara tertentu. Insya Allah skop utama dalam portfolio ini, saya akan memastikan setiap wang yang masuk dan keluar dari pelajar akan sampai ke tempat sepatutnya dan setiap penjelasan mengenai perkara itu akan saya nukilkan di dalam blog ini.

Diharap kehadiran blog ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga institut. Semoga kita mendapat manfaat dari segala ini dan usaha yang kecil ini mendapat rahmat dari yang esa.

Sekian, terima kasih…..

No comments: