Wednesday, June 11, 2008

Bile ATM boleh ade kat institut kita ni ek??


ATM (auto teller machine) a.k.a mesin dit dit duit tu merupakan satu keperluan kepada kita masa kini. Masakan tidak, untuk mendapatkan elaun, kita terpaksa berurusan dengan mesin ini. Satu masalah timbul di kalangan warga institut kini ialah mesin ini tak terdapat di institut kita. Jadi terpaksalah pergi paling dekat kat BSN BM tu.

Memandangkan masalah ini, saya dengan rasa nak menyelesaikan problem telah memohon mesin ini untuk diadakan di institut kita. Pelbagai perbincangan telah dilakukan dan keputusannya adalah seperti berikut. Untuk pengetahuan semua, untuk mengadakan mesin ini, bilangan pengguna (mereka yang dijangka menggunakannya) hendaklah minimum arrange 1000 orang. Tapi institut kita 800 pun rasanya tak sampai. Terdapat juga cadangan untuk mengadakan mesin ini di luar kawasan institut bagi membolehkan orang ramai turut menggunakannya. Cadangan ini terdapat pula terdapat bebarapa kekangan. Pertama sekali sudah tentulah faktor keselamatan kerana sukar mencari tempat yang sesuai. Selain itu, kedudukan institut kita yang jauh dari kawasan tumpuan orang ramai turut menghalang kewujudan mesin ATM ini.

Oleh itu, saya berharap kepada semua warga institut bersabar dan semoga pertambahan pelajar pada masa akan datang akan menjayakan permohonan mesin ATM ini. So, berbahagialah dengan kemudahan yang dah sedia ada di institut kini k…..

3 comments:

Anonymous said...

aiyo... itu kes ATM kat IPTB dah bincang lama dah... kalau i tak silap dah ada 1 tahun dah... dengar kata nak buat kat depan Guard House... tapi skg tak de berita dah...

Anonymous said...

i setuju gak kalau ada mesin atm kat dlm maktab ni. tp pencuri lg suka menempek kat dlm ni la...hoha. kite kne fikir kebaikan n keburukan gak kn?

Anonymous said...

Thanks ar atas cadangan korg...
Aku akan bincang balik ar mengenai perkara ini memandangkan pelajar baru dah masuk kan..
So tunggu2 ar macam mana kesudahannya...