Tuesday, June 3, 2008

Jualan Tapak Konvokesyen IPTB

Alhamdulillah, pada 29 April 2008 yang lepas, IPTB telah menjayakan Majlis Konvokesyen yang memberi sijil dan diploma kepada penuntut-penuntutnya.

Saya dibawah biro kebajikan telah di amanahkan untuk menguruskan jualan tapak untuk Majlis Konvokesyen itu. Di sini, ingin saya nukilkan kerja yang telah saya laksanakan mengenai tapak ini. Apabila saya membuka blog jpp, terdapat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati mengenai tapak ni. Diharap apabila saya menulis komen ini, sekurang-kurangnya rasa ketidak puashatian itu dapat diredakan sedikit di samping mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Buat pengetahuan semua, ketika saya diberi tugas untuk melaksakan amanah ini, saya terus berjumpa dangan pensyarah penasihat. Satu kejutan telah berlaku ketika perjumpaan pertama saya ini iaitu tapak sudah habis dijual sebelum berita mengenainya disebarkan. Bagi saya, itu satu perkara yang baik kerana kerja saya sudah dipermudahkan. Tetapi, memandangkan ini merupakan satu ketidakadilan, saya telah berusaha untuk meminta perkara ini dipertimbangkan. Bukan senang nak minta dipertimbangkan kembali kerana urusan mencari tender tapak telah selesai dan pengarah mangarahkan dasar siapa cepat, dia dapat dalam perkara ini.

Namun, saya bersyukur kerana ketua pensyarah penasihat sudi menimbangkan perkara ini. Oleh itu, saya telah membuat pengumuman di perhimpunan mengenai perkara ini dan permintaan dari pelajar untuk berniaga adalah menggalakkan. Memandangkan permintaan melebihi tapak yang tinggal, jawatankuasa(terdiri di kalangan pensyarah) telah bermesyuarat untuk memilih calon akhir. Dengan itu, selesailah urusan memilih tender tapak konvo ini.

Selain itu, mengenai pembayaran tapak yang dirasakan agak tinggi bagi pelajar iaitu RM20, saya telah menyatakan perkara ini kepada ketua pensyarah penasihat. Saya dimaklumkan, semua duit sewa bersih tapak itu akan dibahagi antara tabung pelajar dan tabung pensyarah dengan tabung pelajar 80% dan pensyarah 20%. Perkara ini masih belum dimuktamadkan lagi setakat ketika saya taip ini. Walaubagaimanapun, perkara ini akan saya pastikan kembali dan perkara terkini akan saya maklumkan kelak.

No comments: