Thursday, July 24, 2008

Elaun Bulan Ogos 2008


1. Seperti yang sedia maklum, kadar elaun bagi setiap pelajar adalah seperti berikut :

i. PPISMP – RM 430.00 sebulan (diberi tiap-tiap bulan)

ii. PPPRPET- RM 700.00 sebulan (diberi 3 kali setahun)

2. Bagi pelajar PPISMP, pada bulan Ogos ini :

i. Anda akan menerima tunggakan elaun asrama dari Julai’07 hingga November’07 berjumlah RM 292.00.

ii. Tunggakan bagi bulan Jan’08 hingga Mei’08 telah dilunaskan pada bulan Jun yang lalu.

3. Bagi pelajar PPPRPET semester 2, pada bulan Ogos ini :

i. Anda akan menerima tunggakan asrama dari bulan Januari’07 hingga Disember’07 berjumlah RM 720.55.

ii. Elaun anda untuk kali terakhir dalam tahun ini sebanyak RM3870.40 merangkumi tempoh 6 bulan setelah dipotong bayaran asrama turut diberi.

iii. Walaubagaimanapun, elaun terakhir ini mungkin diterima lewat sedikit dari tarikh yang ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

4. Bagi pelajar PPPRPET semester 4 dan semester 6, pada bulan Ogos ini :

i. Anda akan menerima Penyelarasan Elaun berjumlah RM1850.00.

ii. Anda juga akan mendapat elaun untuk kali terakhir dalam tahun ini sebanyak RM3870.40 yang merangkumi tempoh 6 bulan setelah dipotong bayaran asrama.

5. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 10 hari bekerja dalam bulan Ogos.


6. Untuk pengetahuan, hanya pelajar-pelajar PPISMP sahaja dikecualikan dari bayaran asrama. Bagi pelajar PPPRPET, anda akan dikenakan bayaran asrama maksimum RM80 sebulan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


7. Semoga kehadiran memo ini membolehkan semua guru pelatih mendapat maklumat yang jelas mengenai kedudukan elaun semasa.



Sekian, terima kasih...




2 comments:

Anonymous said...

Kepada Biro kebajikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

disarankan supaya JPP 2008 bekerjasama dengan JPP IPG seluruh malaysia untuk berbincang tentang isu elaun. dicadangkan supaya elaun PPPR PET dimasukkan setiap bulan. ini kerana elaun semester yang dikuatkuasakan sekarang lebih membebankan para guru pelatih. sekian.

Anonymous said...

Terima kasih atas cadangan anda..

Untuk penetahuan, perjumpaan dgn sume jpp tulah yang paling diharapkan. Tapi pepaham lah, nak adakan suatu perjumpaan khusus tu bukan sesuatu yang senang kan..

Tentang elaun PPPRPET, tahun depan insya Allah elaun akan masuk 2x setahun. Nak elaun tiap2 bulan saya x berani nak komen. Wpun begitu, saya dah usulkan elaun itu untuk dimasukkan di awal sem iaitu bulan Feb dan Jun. Usul ini sekarang dalam peringkat perbincangan M3P maktab. Doakanlah usul ini diperkenankan...